Monday, December 10, 2007
Pak Lah dan UMNO Khianati Rakyat
Hatiku amat marah dan geram. Dahulu pun marah juga, tetapi tidaklah semarah hari ini. Kalau boleh mahu aku pergi berdemonstrasi seorang diri di depan rumah Pak Lah. Nak protes sungguh-sungguh depan dia supaya dia tahu betapa kebejatannya yang semakin memuncak setiap hari. Pandai sungguh dia berlakon. Dahulu masa mula-mula dilantik menjadi PM, bukan main lembut lagi lidah berjanji. Orang kata kalau pijak semut pun tak mati. Dengan mak hang pun berjanji nak tunaikan amanah apabila menjadi pemimpin besar negara. Nak patuh perintah Allah swt. Lepas tu janji dengan rakyat nak jaga kebajikan mereka, nak hapus rasuah, nak tegakkan keadilan, nak memertabatkan bangsa dan agama, dan nak buat macam-macam lagi kebaikan kepada rakyat dan negara. Lepas 4 tahun apa haprak yang hang dah buat?Semalam, sampai hati hang pi tangkap Mat Sabu di hadapan menantu dan bisannya semasa majlis kenduri menerima menantunya yang pertama. Awat tak boleh tunggu esok ke? Hang memang niat nak malukan dia depan saudara maranya. Apa hang tak dak adab kesopanan Melayu langsung ke? Mungkin ikut mazhab Islam hadhari hang, ia dibolehkan. Apa Mat Sabu tu penjenayah besar sangat ke? Dengar cerita sampai dipecah-pecahkan cermin kereta dia kerana nak tangkap Mat Sabu. Dan ketika artikel ini ditulis, berita mutakhir yang diterima ialah Mat Sabu dan seorang lagi yang ditahan berhubung perhimpunan 100 ribu ini sedang cuba dinafikan ikat jamin oleh Gani Patail di mahkamah. Benak sangat ke puak-puak ni, atau dah jadi setan semuanya? Kami tahu hang pi tangkap dia pasai kes himpunan 100 ribu rakyat. Itu perhimpunan aman, mana ada kekacuan. Bukankah perlembagaan negara membenarkan rakyat berkumpul dengan aman. Yang buat kacau ialah barua-barua hang iaitu polis. Dah tu pi bohong dengan suratkhabar kata kalau BERSIH minta permit dia akan bagi asalkan tukar tempat buat di stadium. Pooorah! Sejak bila jadi bapa pembohong ni. Bukan kali pertama kita minta permit untuk perhimpunan, satu pun tak pernah lulus. Tapi kalau UMNO buat siap polis tolong jaga pula. Lagi pun pasai apa kena permit nak buat perhimpunan aman. Sebenarnya polis pun tak payah mai sebab kita dah janji ia perhimpunan aman. Unit Amal kami dah memadai untuk mengawal keselamatan dan trafik. Lebih baik hang pi kerah polis supaya jaga keselamatan negara yang sedang terancam dengan pelbagai macam jenayah ngeri. Suruh dia orang pi tangkap pembunuh Nurin yang masih lagi berkeliaran daripada dok sibuk dengan protes aman rakyat.
Ini tak. Sibuk tangkap orang baik-baik, orang yang mengambil berat akan kepincangan dan masaalah negara. Yang rakyat berhimpun tu nak minta supaya hang buat sesuatu terhadap kepincangan sistem pilihanraya negara agar keadilan dapat ditegakkan. Dah berguni-guni memo dihantar hang buat pekak aje. Jadi rakyat tak ada pilihan terpaksa buat perhimpunan. Cubalah dengar sama bantahan rakyat sebab kamu tu WAKIL RAKYAT dan bukan wakil UMNO semata. Kalau setakat sibuk terbang sana sini habis duit rakyat baik letak jawatan supaya kurang sikit dosa dengan Allah nanti.
Lepas tu tangkap ahli-ahli Unit Amal, Tian Chua, Sivarasah, peguam-peguam dan rakyat lain yang tidak berdosa kerana menyertai beberapa perhimpunan aman rakyat. Suasana menjadi lebih pelik dan ajaib apabila Si Gani Patail pula yang mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan aman rakyat. Hari ni dia punya tak malu boleh minta mahkamah supaya menafikan ikat jamin kepada Edmund Bon (Pengerusi JK Hak Asasi Manusia Majlis Peguam) kerana kesalahan menghalang DBKL daripada membuang kain rentang dan poster yang dipasang di Bangunan Majlis Peguam. Dosa besar sangat ke sampai tak boleh ikat jamin. Nasib baik hakim tu waras fikiran dan membenarkan ikat jamin. Bayangkan Peguam Negara pi naik turun mahkamah mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan rakyat. Awat hang tak dak kerja lain ke? Apakah kes-kes ini adalah kes-kes paling penting dalam negara. Cerita tentang klip video Lingam lagi penting, kenapa tak diutamakan? Kita kena banyakkan lagi perhimpunan rakyat supaya Si Gani ni tak menang tangan. Silap-silap jadi sasau terus masuk Tanjung Rambutan.
Cerita yang lagi pelik di Terengganu ialah 2 orang yang ditembak tempohari dalam peristiwa berdarah Batu Buruk telah didakwa cuba mencederakan anggota polis. Yang hebatnya kedua-dua yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan yang menembak pula tidak diambil sebarang tindakkan. Haprak sungguh hang Pak Lah. Hang tembak orang lepas tu hang penjarakan depa pula. Sekali lagi barua Gani jadi pendakwaraya.
Lepas tu kita dengar hang pi canang rata kampong menyatakan bahawa rakyat minta supaya diISAkan penganjur demonstrasi HINDRAF. Rakyat mana tu? Kalau setakat pemimpin dan ahli UMNO aje tolong jangan sebut rakyat. Hang tau berapa ramai orang yang hang kurung dengan ISA tanpa ada bukti kukuh. Hang kata dia KMM le, pengganas LTTE le, ikut sedap nak justifykan ISA tu. Kalau betul ada bukti bawa pi le ke mahkamah terbuka supaya rakyat boleh tengok. Tolong jangan dok ugut rakyat dengan ISA. Selama ini pun UMNO dah banyak salahguna akta ini untuk tujuan menindas pihak pembangkang. Keselamatan negara tidak pernah terancam oleh protes pembangkang, yang terancam ialah kekuasaan UMNO. Negara sebenarnya akan terancam oleh rasuah pimpinan UMNO, menjual negara kepada Singapura, manipulasi sistem pilihanraya untuk menang, manipulasi sistem kehakiman untuk tutup semua skandal pemimpin, dan pelbagai kebobrokan UMNO dan BN lain. Itu sebenarnya yang mengancam keselamatan negara.
Terus terang aku kata di sini bahawa hang adalah PM paling teruk dan lemah sekali yang pernah aku lihat. Satu benda baik pun hang tak boleh buat untuk rakyat. Tolong tunjuk satu kebaikan yang hang dah taburkan sejak jadi PM. Rasuah suku sakat hang makin banyak, nafsu besar dengan kapalterbang dan kapal layar baru, tipu pilihanraya, rasuahkan para hakim, kekalkan orang rekod buruk untuk terus jadi ketua polis, ketua peguam (peguam Negara), ketua SPR (siap pinda undang-undang semata-mata nak make sure Rashid terus kekal jadi ketua – punya haprak!). Terbaru mamat mana dilantik terus jadi hakim mahkamah persekutuan, lepas 3 bulan terus jadi presiden mahkamah rayuan, dan aku guarantee 6 bulan lagi jadi ketua hakim. Lepas satu haprak datang lagi banyak haprak gara-gara Pak Lah. Dalam pada itu rakyat makin tersepit. Harga barang terus melonjak. Bulan depan siap tol dan minyak pula naik. Apa nak jadi oooooiii?
Aku rasa cukup panas. Dan aku salahkan pemimpin, ahli-ahli UMNO dan semua barua-barua mereka kerana bersekongkol dengan Pak Lah di dalam memporakperandakan negara ini. Every single one of you is accountable for the destruction of our society and its fabrics. As for the Muslims, you are going to answer in front of God for conspiring in carrying out atrocities and injustices on fellow Muslims and fellow being. You are not going to get away with all these evil deeds, and I for one will seek redemption either in this world or in the hereafter. Cepat-cepatlah bertaubat sebelum nyawa sampai ke halkum.
Anak Bapa: Aku dan kata dulu dan aku kata sekali lagi. Kita kena buat benda yang Pak Lah dan UMNO marah sebab benda tu boleh mengancam kekuasaan mereka. Dalam bab ni perhimpunan aman rakyat begitu dibenci oleh Pak Lah. Oleh itu kita kena buat banyak lagi program serupa. ESOK SELASA 11 DISEMBER 2007 JUMPA DEPAN BANGUNAN PARLIMEN JAM 11 PAGI. PAKAI BAJU KUNING!
Well said. Arresting Mat Sabu during his daughter's wedding. Memang kurang ajar.
The sight of the PM now makes me lose my appetite. He is a hypocrite par excellence.
PAS' president Hadi Awang has called on “all PAS members throughout the country” to participate in prayer sessions and to ask that “Allah destroy every form of injustice and save us all from the havoc of the Barisan Nasional government and its marginalisation of democracy and human rights”.
As a Christian I will say Amen to that and I will pray to my God for the same. This Govt has no longer any moral authority to rule.
lsp
kalau rakyat tak boleh tukar pendirian kukubesi rejim zionist umno dari luar, apa kata rakyat melayu khususnya menukarkan dari dalam? join rejim & try change it fr the inside!
macaufan,
dah tak boleh harap lagi apatah nak tukar dari dalam UMNO.
http://www.youtube.com/watch?v=KwDv3CwIm4s
insaflah budak budak UMNO woii